Main image

Jumaat, 6 Mei 2011

‎~BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH~

Pada suatu hari, Imam Hassan al-Basri pulang dari tempat Imam mengajar menuju ke rumahnya. Tanpa mnyedari bahawa rumah Imam telah dimasuki pencuri. Imam Hassan al-Basri kemudiannya telah naik ke tingkat kedua rumahnya.

Rumahnya mempunyai dua tingkat bukan bermakna Imam seorang yang kaya tetapi rumah Imam telah dibina oleh anak-anak muridnya hasil dari kutipan derma orang ramai dan dijadikan sebagai tempat pengajian. Apabila sampai di tingkat atas dengan berbekalkan cahaya dari lilin, Imam mendapati seseorang sedang mngeledah almari-almari Imam. Tetapi pencuri itu merasa sangat hairan kerana tiada barang mewah yang di temui melainkan hanya pekaian-pakaian.

Imam Hassan al-Basri yang sedari tadi memerhati perilaku pencuri tadi menghampiri pencuri dan menanyakan, “Apa yang kamu buat wahai pemuda?”.

Pencuri yang terkejut lantas bertanya, “ Siapakah kamu?”.

Imam menjawab, “Aku juga seperti kamu”.

Pencuri bertanya kembali, “Jadi kamu juga pencuri seperti aku?”.

“Ya mungkin”, jawab Imam.

Imam berkata kembali kepada pencuri tersebut, “Biar aku tolong kamu bungkus baju-baju ini. Aku tahu dibilik sebelah ini juga ada banyak baju.”
Pencuri itu bertambah hairan. Setelah baju-baju itu dibungkus dan ada dua bungkusan, Imam mengatakan kepada pencuri tersebut, “Kemanakah mahu kamu bawa bungkusan-bungkusan ini? Biar aku tolong bawakan .”
Pencuri pun berkata, “Ikut aku”.

Mereka pun pergi ke tempat pencuri itu. Pencuri berharap ingin menjual pakaian-pakaian itu pada ke esokkan harinya. Kerana kebaikan Imam, pencuri menawarkan satu bungkusan untuknya tetapi di tolak oleh Imam. Pencuri itu sangat hairan adakah benar itu adalah pencuri seperti aku. Fikirnya.

Imam kemudiannya telah kembali ke rumahnya semula.
Keesokkan harinya, riuhlah Kota Basra (Iraq) akan berita rumah Imam Hassan al-Basri telah dimasuki pencuri dan baju-baju Imam telah di curi.

Murid-murid Imam yang telah mendengar berita itu terus membelikan semua baju-baju baru di Kota Basra untuk dihadiahkan kepada Imam Hassan al-Basri.
Manakala, pencuri yang tidak puas hati atas kebaikan orang yang telah menolongnya telah pergi semula kerumah yang telah dirompaknya dan terkejut dengan kehadiran ramai orang dihadapan rumah itu.
Pencuri bertanya kepada orang kampung yang hadir di situ, “Rumah siapakah ini?”

Orang kampung menjawab, “Ini adalah rumah Imam Hassan al-Basri. Ulama’ yang terkenal di daerah kita ini.”
Terkejut dengan jawapan itu, pencuri merasa menyesal dengan perbuatannya. Pencuri tersebut berjumpa dengan Imam dan meminta maaf. Terkejut pencuri itu apabila melihat Imam Hassan al-Basri adalah pencuri tua semalam..

Lantas Imam Hassan al-Basri menjawab, “Aku memaafkan kamu kerana aku tahu kamu melakukannya kerana terdesak.”
Murid-murid Imam Hassan al-Basri bertanya kepadanya, “Kenapa memaafkan dia?”
Imam menjawab, “Kerana aku bersangka baik dengan Allah. Aku yakin rezeki ku tidak akan dimakan oleh orang lain. Jika benar itu rezeki ku, jika hilang sekalipun, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.”

Kesimpulannya di sini, lihatlah dengan bersangka baik dengan Allah, Imam Hassan al-Basri telah digantikan kehilangan bajunya dengan baju yang lebih baik dan cantik.

P/S: ceramah di IKIM pagi tadi

Selasa, 3 Mei 2011

~Qasidah Muhammadiyyah~

Post kali ini,saya ingin mengajak diri dan sesiapa yang membaca blog ini untuk mengenal Qasidah Muhammadiyyah. Qasidah ini sangat menarik,dicipta oleh Imam Al-Busiri, Sohib Al-burdah. Qasidah ini menceritakan perihal Rasulullah S.A.W. Mudah-mudahan dengan Qasidah ini, pengetahuan dan kecintaan kita terhadap Rasulullah S.A.W makin  bertambah..



Lirik :

محمد أشرف الأعراب و العجم
Muhammad adalah sebaik2 arab dan bukan arab
محمد خير من يمشي على قدم
Sebaik-baik orang yang berjalan di muka bumi ini
محمد باسط المعروف جامعه
Penyebar perkara ma'ruf dan berakhlak dengannya
محمد صاحب الإحسان و الكرم
Pemilik ihsan dan kemuliaan
محمد تاج رسل الله قاطبة
Menjadi mahkota para pesuruh Allah sekaliannya
محمد صادق الأقوال و الكلم
Benar dalam kata2 dan bicaranya
محمد ثابت الميثاق حافظه
Tetap dengan janji dan menjaganya
محمد طيب الأخلاق و الشيم
Memiliki akhlak yang terpuji dan baik sifat2nya
محمد رويت بالنور طينته
Kejadiannya disertai nur
محمد لم يزل نورا من القدم
Tidak terpadam cahaya sejak azali
محمد حاكم بالعدل ذو شرف
Hakim kepada keadilanyang mempunyai kemuliaan
محمد معدن الإنعام و الحكم
Asal tempat lahirnya segala nikmat dan hikmah
محمد خير خلق الله من مضر
Sebaik2 ciptaan Allah dari Mudhar
محمد خير رسل الله كلهم
Sebaik2 pesuruh Allah seluruhnya
محمد دينه حق ندين به
Agamanya benar yang kita beragama dengannya
محمد مجملا حقا على علم
Elok rupa dan peribadinya melebihi alam 
محمد ذكره روح لأنفسنا
Mengingatinya menjadi kekuatan pada diri kita
محمد شكره فرض على الأمم
Mensyukurinya menjadi kewajipan ke atas ummat
محمد زينة الدنيا و بهجتها
Penghias dunia dan keelokannya
محمد كاشف الغمات و الظلم
Pembuka kesempitan dan kegelapan
محمد سيد طابت مناقبه
Penghulu yang hebat perjalanan hidupnya
محمد صاغه الرحمن بالنعم
Muhammad dijadikan Allah Yang Maha Pemurah segala nikmatNya
محمد صفوة الباري وخيرته
Makhluk pilihan dan menjadi sebaik2nya
محمد طاهر من سائر التهم
suci dari segla tohmahan
محمد ضاحك للضيف مكرمه
Menyukai tetamu kerana sentiasa memuliakannya
محمد جاره والله لم يضم
Kekasih Allah dan Allah tidak pernah menzaliminya
محمد طابت الدنيا ببعثتها
Menjadi keindahan duniadengan perutusannya
محمد جاء بالآيات والحكم
Datang dengan bukti2 dan hikmah
محمد يوم بعث الناس شافعنا
Pada hari kebangkitan menjadi pemberi syafaat
محمد نوره الهادي من الظلم
Cahayanya menunjuki dari kegelapan
محمد قائم لله ذو همم
Membawa risalah Allah yang dia mempunyai keazaman yang kuat
محمد خاتم للرسل كلهم
Penutup para Rasul sekaliannya

-Amin-






Rabu, 20 April 2011

~hakikat sebuah kecantikan~

Assalamu'alaikum...

Bercakap mengenai kecantikan, ramai yang berbeza pendapat. Bagi kecantikan manusia,ada yang mengatakan yang berkulit licin dan halus itu cantik,ada yang mengatakan akhlak yang baik itu cantik, ada yang mengatakan yang kaya itu yang paling cantik. Perbezaan pendapat mengenai sebuah kecantikan takkan ada kesudahannya sampai bila-bila. Ini selari dengan kata-kata ' Kecantikan Itu Subjektif '. Ianya bergantung pada dari segi aspek apa seseorang itu pandang terhadap sebuah kecantikan. Dari segi apa,mata memandang terhadap sesuatu. Walaupun rambut sama hitam, tapi mata lain-lain..

Bagi saya,kecantikan itu berdasarkan pada ketenangan. Senang cerita, tenang itu suatu kecantikan. Cantik yang dimaksudkan bukan cantik yang biasa-biasa tapi cantik yang hakiki. Ianya berbeza antara cantik biasa dan cantik hakiki.Sangat-sangat berbeza. Sebagai contoh, semasa kita melihat Eiffel Tower, kita akan mengatakan yang ianya cantik,sangat cantik. Saya pun akan kata begitu, ianya memang cantik,tipulah kalau saya kata ianya tak cantik,namun perhatikan dan selidik diri kita betul-betul,adakah ianya memberi ketenangan terhadap diri kita?? Cuba bandingkan dengan ciptaan semulajadi, sebagai contoh pantai, setiap manusia yang sihat akalnya akan kata yang pantai ini cantik ( itu kalau pantai tak tercemar) dan mesti akan tambah ayat " tenangnya di sini ". Ini berbeza dengan Eiffel Tower,jarang(itu kalau ada) kita dengar Eiffel Tower itu tenang. Jadi disinilah yang saya ingin katakan tentang kecantikan,sesuatu yang tenang itu cantik, bukan cantik yang biasa-biasa tapi cantik yang hakiki. Sebab,ianya memberi kesan yang mendalam terhadap hati berbeza dengan cantik biasa yang hanya memberi kesan luaran sahaja.

Contoh lain yang lebih dekat dengan kita, Manusia. Saya bagi contoh perbandingan antara Lisa Surihani dan Wardina.. Sekarang, cuba kita renungkan betul-betul, cantikkan mereka berdua ni ??Antara ramai-ramai artis,saya rasa mereka berdua antara yang paling cantik, Siti Nurhaliza itu salah seorang. Baik, antara Lisa Surihani dan Wardina ni,saya rasa semua orang dah tahu akan perbezaan kedua-duanya, seorang berpakaian menutup aurat dan seorang lagi tidak, tapi kedua-dua masih lagi cantik. Tapi cuba kita muhasabah balik, buat perkiraan balik,adakah kedua-dua itu hanya sekadar cantik luaran atau dalaman sekali?? Cantiknya Lisa itu boleh ke mendatangkan ketenangan buat diri??Cantiknya Wardina,boleh ke mendatangkan ketenangan buat diri?? Bagi saya,saya merasakan bahawa Lisa itu hanya sekadar cantik luaran sahaja,langsung tidak mendatangkan ketenangan buat diri, malahan cantiknya dia mendatangkan nafsu sahaja berbeza dengan Wardina, bukan sahaja cantik luaran bahkan cantik yang mendatangkan ketenangan. Dengan tudung litupnya,pakaian sopannya itu belum lagi pakai jubah ke purdah ke,lagi boleh menenangkan jiwa. Itu yang saya katakan sebagai suatu kecantikkan. Bukan kecantikkan yang luaran,tapi kecantikkan yang apabila mata ini  memandang mendatangkan ketenangan buat jiwa. Tiada guna kita memilih kecantikan luaran sahaja tanpa mengambil kira kecantikan dalaman. Sebab, kecantikkan dalaman itu yang lebih membantu kita dalam menghadapi hidup yang serba mencabar sekarang, penolong yang sangat setia disisi semasa berada dalam kesusahan.

Tapi,dalam kita mencari sebuah kecantikkan duniawi, kita terlupa yang Pencipta kecantikan itu sendiri, yang padanya terdapat kecantikkan hakiki. Tiada cacat celanya kecantikan yang dimiliki. Sangat menenangkan jiwa apabila mengingatinya. Siapa? Tak lain dan tak bukan,Allah S.W.T. Pada-Nya,terselit kecantikkan yang hakiki,kecantikkan yang mendatangkan ketenangan. Di saat menghadap, sujud, menadah tangan memohn pada-Nya, ketenangan yang dicari serta merta tiba tanpa ada halangan. Inilah kecantikkan yang perlu dan wajib kita cari, yakni ketenangan yang hakiki. Bagaimana? hanya dengan cara mendekatkan diri pada-Nya sahaja yang jalan yang membolehkan kita untuk mendapatkan ketenangan yang hakiki. Tapi,jangan ditinggalkan kecantikkan duniawi, yakni kecantikkan yang ada pada selain Allah, tapi gunakanlah ia sebagai jalan untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya. Jangan ditinggalkan ia secara total,kerana ianya bercanggah dengan fitrah kita sebagai manusia. Islam yang dibawa dan diajar kepada kita oleh Muhammmad S.A.W adalah agama yang selari dengan fitrah manusia. Kejarlah kecantikkan duniawi untuk mendapat kecantikkan yang hakiki. Mudah-mudahan,apa yang diingini dapat dengan izin Allah S.W.T. dan mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang terpilih untuk memasuki syurga-Nya..

p/s : "Ketenangan itu Suatu Kecantikkan"-falsafah diri berkenaan kecantikkan..

Jumaat, 11 Februari 2011

Kisah Mualaf Setahun Jagung Boleh Mengislamkan 20 Orang

Satu Pengajaran Untuk Kita Semua

Kisah benar ini amat menarik untuk saya paparkan dalam blog ini, dan harap kita dapat manfaatkan daripada kisah ini untuk pengajaran kita bersama.Bacalah.....

***************************************************************************************


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . 
Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. 
Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. 


kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina.

Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.

Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

….Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?…

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya.

Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.AhmadHumaizi.com

Kisah Benar: Perempuan Tua & Lembunya Yang Tua



http://2.bp.blogspot.com/_MWwAfrupOxY/TPPy9kaaOII/AAAAAAAAAIQ/74DTNL2WyT0/s1600/palestinealways2_sk.jpg

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata. 

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu. 

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut. Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. 

Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya. Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu.

Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah. Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar.

Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu. Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana." Gamam seketika.

Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap.

Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga. "Tolonglah.. bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu.

Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu. Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut.

Sunyi seketika suasana. Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza. Imam kemudiannya nampak setuju.

Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.
Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?" 

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah. 

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) ! Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu.

Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu. "Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu. "Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada.

Subhanallah. Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm 

Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang 

Maulidur Rasul VS Valentine Day


14 Feb dah makin tiba. Remaja-remaja [ terutamanya ],ada juga parents yang dah mula kepanasan kepala memikirkan apa yang hendak dilakukan masa tarikh ni menjelang tiba. Apa yang nak diberi pada kekasih hati??coklat ke??teddy bear ke??bunga ke??

Alahai orang-orang Islam wei!!!!! tak sedar-sedar lagi ke yang Valentine Day tu dah difatwakan Haram???Fatwa ini bukan sekadar fatwa di Malaysia sahaja,fatwa ini dah disepakati oleh ulama-ulama sedunia[setiap ceruk bumi],tiada kompromi,MUKTAMAD,NOKTAH. Tak tahu ke buat-buat tak tahu??Saya rasa benda ini dah dikhabarkan lama dah yang sambutan V-Day oleh ulama-ulama negara kita. Mustahil benda ini tak sampai kepada orang-orang Islam di zaman yang serba canggih sekarang. Ke kamu [orang-orang yang tak tahu] duduk di ceruk hutan yang mana tiada manusia yang tinggal kecuali kamu sahaja??Heh..

Kenapa la kamu[golongan remaja@ parents@ spouse yang nak menyibukkan diri dengan menyambut V-Day] bersusah-payah nak menyambut Hari Zina Beramai-ramai ni??Apa??nak menzahirkan rasa kasih sayang dengan sang kekasih.Alahai,terdesaknya kamu nak menzahirkan rasa sayang pada hari yang mana nampak jelas,tiada was-was,hari yang mana padanya penuh dengan unsur-unsur agama Kristian,hari untuk si dara menyerahkan daranya pada si teruna[itu pun kalau masih dara@teruna].Kamu tak tahu ke yang V-Day tu ada nama lain selain Valentine Day??what??alahai tak tahu ke??dah tu,kamu ni sekadar terikut-ikut [macam lembu yang hidungnya ditarik] dengan orang lain ke??orang lain buat,kita kena buat juga la. Sungguh,saya sangat merasa kasihan dan sedih [sangat-sangat] dengan golongan sebegini. Ni saya nak beritahu yang V-Day tu maksud asalnya Virgin Day.Apa??tak faham bahasa Inggeris,pulak dah.Pandai-pandai la kamu cari sendiri maksudnya..

Saya tak suka nak bercerita panjang menerangkan kenapa V-Day itu haram. Saudara saudari[dengan penuh lembut memujuk] bacalah fatwa V-Day di sini,ketahuilah sejarah V-Day yang menyebabkan jatuhnya hukum HARAM ke atas sambutannya di sini. Kalau masih lagi buta sejarah,buta hukum dan segala-galanya buta,saya dah tak mampu nak kata apa lagi..Mudah-mudahan Allah swt membuka pintu hati kamu nampak segala kebenaran yang musuh-musuhnya cuba pesongkan..

Wahai makhluk-makhluk yang terdesak nak menzahirkan rasa kasih sayang,alangkah baiknya jika kamu menzahirkan rasa kasih sayang kamu terhadap Rasulullah saw dengan menyambut hari kelahirannya yang bakal tiba pada 15 haribulan ini. Perbanyakkan selawat ke atas baginda,dapatlah juga pahala yang sememangnya susah kita nak dapat kerana banyaknya dosa yang dilakukan[peringatan untuk diri ini juga]. Ini tidak,nak juga menyibukkan diri nak dapat dosa[dengan menyambut V-Day]..Dah rasa diri tu kompem masuk syurga ke??kalau was-was,jauhkan diri dengan perkara yang haram perbanyakkan buat perkara yang halal dan berkat. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam Rahmat-Nya,dijauhkan dari dipesongkan aqidah,dan dijauhkan dari terjerumus dalam maksiat yang tersembunyi..

p/s janganlah menyibukkan diri dengan mencari kemurkaan Allah swt,tapi sibukkanlah diri dengan mencari keredhaan Allah swt.
(maaf entry kali agak emotional kerana saya agak geram dengan orang-orang yang nak menyusahkan diri dengan benda-benda macam ni)



Selasa, 1 Februari 2011

Rusuhan Di Mesir: Khabar Baik @ Buruk???

Sekarang ini terlalu kecoh dengan perkembangan rusuhan di Mesir yang asalnya berpunca dari kejatuhan kerajaan Tunisia. Setiap hari semakin bertambah jumlah perusuh yang inginkan kerajaan Husni Tak Mubarak jatuh. Dan setiap hari juga ada yang meninggal dunia dan cedera..Adakah ini suatu petanda yang baik atau buruk?

Petanda Baik:

 Ya,dengan adanya rusuhan yang inginkan kejatuhan kerajaan Husni Tak Mubarak merupakan petanda baik bahawa rakyat sudah berani bangkit untuk menentang kerajaan 'kuku besi'. Yang telah menindas rakyat selama berpuluh-puluh tahun lamanya,yang mengorbankan beribu-ribu mujahid ikhwanul muslimin.Alhamdulillah suatu pergerakan yang ingin mengembalikan Islam dijulang kembali di bumi Timur Tengah. Dengan jatuhnya Husni Keparat maka Lorong Rafah dapat dibuka kembali.lorong yang menjadi kubur bagi beribu rakyat Palestin.Ya Allah,diKau permudahkanlah hamba-hamba-Mu di Mesir sana yang ingin menegakkan kembali syariah-Mu di sana..
Amiin..

Petanda Buruk:

Disebalik kebaikan rusuhan di Mesir ada buruknya..Rakyat Malaysia yang tidak bersalah terlibat sekali dengan rusuhan tersebut. Makanan tiada,keselamatan terancam,duit yang semakin menipis.Ya Allah,bantulah saudara-saudara kami disana..Sekejap tadi mendapat berita yang banduan di penjara Mesir seramai 600 orang terlepas.Allah,amat menakutkan bila memikirkan perkara ini. Banduan-banduan ini dikatakan menjadi rakyat Malaysia disana sebagai target untuk rompakan..Ya Allah jagalah keselamatan mereka-mereka di sana..

Berita yang terbaru yang saya dapat,rusuhan ini dikatakan telah merebak ke negara-negara lain seperti Yaman dan Jordan.Ya Allah,peliharalah adikku yang belajar disana..Mudah-mudahan dia dan saudara-saudara yang lain dalam keadaan yang sejahtera..

Amin..


p/s Keba jago diri molek tu..bringat sokmo..jange duk braso sedak deh..ado gapo2 inform dumoh deh..

Footer

About This Blog

Sample Widget

Powered By Blogger
RSS Feed

Labels